Baru ku ketahui ramai dari keluarga ku mempunyai blog untuk tatapan para bloggers. Yang terbaru kepunyaan Kakanda Iparku -Sh. Salmiyah Syed Agil @ http://mommutaqaidah.blogspot.com/ - ' Mom Mutaqaidah's Day' yang menetap di bangi dan mungkin sudah berada di alam/zaman persaraan-itulah nama blognya. Juga baru di kemaskini 'link'nya adalah kepunyaan anakdanya @ http://ewauna.blogspot.com/ -' Painless and Enjoyable way to Revise....'- walaupun satu entry sahaja....hhhmmmmm.... Mungkin ada lagi yang lain tapi tidak di ketemui di sebabkan tidak mempunyai banyak masa untuk meneliti 'link'2 di rangkaian family's blog like sherry nor.
Kekadang boleh hiba/terharu jadinya bila membaca blog2 keluarga ini disebabkan kami berada jauh diperantauan, di bumi anbi'a untuk meneruskan perjuangan untuk mencari rezeki, isyaallah di berkatiNya. Tidak mudah juga berada di perantauan dan berkat doa dan dengan izinNya yang susah nampak mudah dan Alhamdulillah sudah hampir 2 tahun kami di sini. Di tahun-tahun yang mendatang banyak lagi dugaanNya dan Insyaallah di permudahkan hendakNya.
Terharu/hiba takut dilupakan keluarga walaupun sedetik, ketika membaca catatan mereka. Bila dilupakan makan hilanglah kami di dalam doa kalian. Tak mengapalah, kekadang tu tersenyum dan terkumat-kamit sendirian bila membaca luahan rasa di laman masing2 seperti di laman Sherry Nor yang suka bercoloteh dengan rankaian bloggersnya, nice...! Baru hari ni sempat ku kenali laman blog 'Mom Mutaqaidah Day' dan sungguh menarik isi kandungannya. Teruskkan usaha biarlah kami jadi silent reader ye..!!Kekadang di sebalik kehibaan itu terasa dekatlah pula, itulah -Allah maha berkuasa.
Ingin ku jadikan blog ini sebagai tempat luahan hati kecil dan bukan luahan zahirah sahaja, tapi malulah pulak. Biarlah ianya tempat untuk santaikan minda dikala suka sahaja supaya boleh menghilangan kerinduaan kepada tanaair, tak mahu di campur-adukkan. Tulisan hati mungkin belum sampai masanya ataupun mungkin di laman yang lain biarlah anonymous penulisnya.
Kepada ahli keluarga yg menjenguk, janganlah lupa kami yang jauh ini, doakan kesejahteraan kami, di beri perlindungan dari segala godaan syaitan dan juga di permudahkan segala urusan harian kami, insyaallah.
الهم أ عطنى ايمانا لايرتد, ويقيناليس بعده كفرورحمة أنال بها شرف كرامتك فيالد نيا والاخرة
4 comments :
alamak.. x sangkenye uncle boley menjejak ewa kat sini.. hahaa.. dh besarang dh blog tu sbb x sempat nk update.bahan byk tp byaselaa..hehe. so tepakse freeze dulu nnt konon2 insyAllah bile ewa ade cuti pjg (which means sept nnt..) barula ingat nk smbg blk...
n thanx uncle sudi taruk link kt site uncle ni..(malu je)
Go family Qatar =)
Dear Ewa,
Alah mestilah jumpa kalau di cari, yg tak jumpa kalau tak cari. takpelah nt bila tak bz tulis je.
Anyway, bila habis study nih..?
Bye
ewa hbs baja n blk mesia for good Sept ni insyAllah =)
chop..nk tanye uncle kat area mane kat kelantan eh? kawan ewa ajak ronda2 kelantan. hehe..nnt bole eksyen kat kawan at least ade sedare kat situ..kikiiiki
Uncle Area Wakaf Bharu, dekat je ngan Kota Bharu. Kg Uncle namanya Kg Morak, famous gak kg Tuh...hi hi hi (perasan)...kalau nak ronda2 jenguk2lah kg tu...
Post a Comment