Tuesday, November 10, 2009

A News in A Month





It has been quite sometimes ….eerrr… longtime actually since I last update this site. Almost forgot to have this journal already. Actually, it is serving the purpose to keep me busy while having nothing to do, and it is served well enough when it was not updated which means I’m busy.

Well a lot of things happened since then. I was involved directly either as organizer or participant or both. There was MAQ Bowling Tournament 2009 where Wife, Aiman and Aina won something. There was crabbing session during kedatangan Mak ngan Aboh (mentua), and a short or very short visit from brother in law and his wife, Bang and K Bee. The list goes, Myra's 2nd 2yrs Birthday Celebration by Aizal and Yeens, Majlis Makan2 @ Ruby's, Crabbing, merangkap Birthday Rizal at Simaisma, a friendly games between MAQ and Indonesian at AlKhor Community and Majlis Doa Selamat for closest friend to Mekah for Hajj-Rizal Hamdan, Khizmie Mohamed, Mohd Ramdzan and Khairul Anuar Junior, semoga mendapat Haji Mabrur dan diterima olehNYA segala amalan, aminnnn.

Aku tidaklah mahu mengungkit balik satu persatu event2 tersebut hanya sekadar mengembalikan memori sahaja, maklumlah umur semakin meningkat, walau hati kata ‘tak apalah mesti ingat’ tapi aku yakin pasti sehari, dua hari dan paling lama seminggu aku sudah mula lupa. Sekarang ini pun sungguh susah bagiku untuk mengimbas kenangan2 ini untuk dicatatkan.

Banyak gambar2 diupload di BukuMuka-FB. Aku mempunyai lebih kurang 80 album dam maksima kepingan photo untuk setiap album mengandungi 200 kepingan, that is the limit given and it was an increased by FB from 60 pcs before. Hopefully it will do us good for Our Remembrance.

Bang and KBee were here for only 4 Days, Friday touchdown in DIA and depart 1.30am Monday to KLIA. Nothing much can be done during this jetlag period-it was the constraint really but I think my wife was an excellent Host, especially for SHOPPING..!! 4 thumbs UP..! Parents In-Law stay tak lama dalam 3 wks je, itu pun Aboh nampak bosan je. In Dec 2009, we will expecting another Group from Indera Mahkota, Kuantan. Keluarga Abg Mie and K Jannah with their 3 kids and another pair from Alam Damai Cheras, anak Ipar K Simah and Abg Kay, Ezhan and Shafiqah. Anak2 aku pun dah tak sabar nak tunggu mereka. I think it will be the most memorable event ever... and hopefully we will be a good 4 thumbs up still!!





Semasa Tetamu berada di sini, program2 berjalan seperti biasa. Kami mempersembahkan keajaiban Pasir berdengung kepada tetamu dari Malaysia. Menghairankan tapi keghairahan tidaklah ketara mungkin disebabkan keletihan perjalanan dan ditambah faktor berbezaan masa.









Let's the picture do the talking now. There are like PICK 'n' MIX for what were happening around me. It was a great day really Alhamdulillah.
















Bersambung.....

Tuesday, October 13, 2009

QTEL Advertisement

Hari nih rasa nak buat promo utk QTel pulak. Rasanya ramai gak rakyat malaysia yang kat Qatar tak tahu tentang promosi yang ada, jadi di bawah ini disertakan:

Start Of Promo Message--------->

Dear Qtel Family Members,

I am pleased to announce a great new offer for new subscribers to our ADSL services.

With this new promotion, customers who subscribe for one year of ADSL service get installation, a free WiFi router and two months’ subscription for free, on our 1Mbps, 2 Mbps, and 4Mbps available.

The total saving for our customers with this offer can be as much as QR1,209 a year, making it one of the most affordable campaigns ever for Internet access.

The free installation and WiFi router represents an immediate saving of QR409, and the two months free subscription adds an additional saving of QR400 for the 1 Mbps package, QR 600 for, and QR 800 for the 4Mbps package.

Existing landline customers can subscribe simply by calling 111; new customers looking to subscribe to ADSL and landline at the same time can visit any Qtel Shop.

At the start of the year, Qtel made our commitment to our ADSL customers clear when we doubled the speed of every Internet connection for free. We are building on that commitment with this promotion, which gets our customers online immediately and for less. Thanks to everyone for their

support.

Regards,

Syed Sayeed Ahmed

Manager Consumer Multimedia – IPTV (A)

Consumer Multimedia - IPTV


<------End Msg

Wednesday, September 9, 2009

Selamat Hari raya Aidil Fitri Kepada Keluarga dan Sahabat di Malaysia


Eid Al Fitr 1430, atau tahun ini, 2009 merupakan tahun yg ke-3 Aku sekeluarga beraya jauh dari sanak saudara dan keluarga. Amat terasa kejauhannya, kerinduannya dan kemeriahannya. Dan di saat itu juga sudah mula lupa bagaimanakah kesinambungan AidilFitri bersama keluarga di Malaysia.


Jari sepuluh disusun mengatur sembah, menunduk mohon kemaafan atas segala salah dan silap. Semoga berkat di hari mulia yang segar indah 1 Syawal.
Bisik2 sayu sudah pasti menemani kami namun apakah Eid tanpa sayu, tanpa pilu tanpa muhasabah. Biarkan ia melalui hati sebak di dini hari.

Aku syukur.

'SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN KEPADA KELUARGA"
MA, Che Qooh-Suami, Zudin-Isteri-Anak2, Ippu-Isteri, Ida, Maziz dan sanak saudara di Kg Morak, Wakaf Bharu, Kelantan
Mak, Abah, di Chenor Pahang, 12 Ipar, 12 Biras, berpuluh anak saudara, cucu sedara di Seluruh Kuantan, KL, P.Pinang'
Sanak Sudara, Sahabat-sahabat, kawan-Kawan.

Monday, August 31, 2009

Selamat Hari Merdeka Vs Ulang Tahun Perkahwinan...



Selamat Ulangtahun Isteriku...

31 Ogos 2009. Ntah kenapa semalam macam di rancang plak, begitu meriah, bagaikan hari raya di Rumah Sewa kita, di fikir dalam2, di cari2, apakah acara biasa..?, ntah macam ada peristiwa untuk diraikan..! Oowwhh...nasib baik tak terlepas dari kealpaan, rupa2nya, ulangtahun perkahwinanku bersama isteri no 1, no 2, no 3 dan no 4.

Huyyoooo..!! semua serentak ???! Ya lahh...! Yang inilah no1, Yang inilah no2, Yang inilah no3 dan Yang inilah no4. ...(Yang = singkatan SaYang ..)

Aku rasa hebat plak dapat mengingati Ulangtahun Perkahwinan kami sebelum ianya terlepas, kebiasaannya datang selepas perkataan 'MERDEKA' di laungkan di RTM1, tapi kali ini aku sempat mengingati dan melaungkan ungkapan ‘Happy Anniversary’ kepada Isteriku sebelum ‘Sambutan Merdeka’. Bukan kebiasaan untuk sambutan sebegini.....tapi apa salahnya ianya adalah untuk seseorang yang Tersayang

Tapi rasanya masih tak lengkap, sepatutnya dilaungkan ‘Selamat Ulangtahun Sayang, yang ke 12’ kuat2 semalam, tapi malulah. Huhhh...!! 12 tahun masih malu-malu lagi…???? Subhanallah, Maha Suci Allah,….bukannya malu tapi….segan...!, kan ke ke semalam ramai kekawan kita, ada sessi fotography, ala2 Pra Raya, so taknaklah kecoh.






Alhamdulillah, sempat bergambar dan diraikan secara sessi photography, sebagai kenangan kebahagian berkeluaraga bersama Sharifah Norjumiza Syed Agil, genap 12 tahun bersama. Bersama2 meraikan adalah Jariah kami, Putera Sulong Che Aiman Zafran, Puteri no1, Che Aina Husna adan Puteri Bongsu Che Aiza Hana. Syukur nikmat, 12 tahun di rahmati ALLAH, dan banyak lagi rintangan dugaan yang bakal di tempuhi. “Ya Allah, tunjukkan kepada ku jalan yang lurus, Jalan yang telah kau kurniakan nikmat pada mereka yang terdahulu.. Ya Allah, kepadamu sahaja ku bergantung harapan.. amin”





Catatan Kecil untuk isteri tercinta-Sharifah Norjumiza Syed Agil

Engkaulah punca KASIH,
KASIH cinta kepada suami, sebagai kekasih, ingin dibelai, ingin dimanjakan,
KASIH sayang kepada anak2, sebagai Ibu, menyaji kasih, menghidang sayang,
KASIH murni kepada ibubapa, sebagai anak, selalu merajuk, mahu di pujuk
KASIH mesra kepada rakan taulan sebagai sahabat, ingin berceloteh, ingin berseloka,

Sesekali, aku bangun dari tidur,
Ku tenungkan isteriku, Nampak jelas keletihannya,…FAHAMILAH, dia segalanya
Berilah kesempatan berehat barang sekejap…FAHAMILAH dia segalanya

Dengarlah leterennya,
Buka, tajamkan pendengaran,
amati suaranya
teliti dengan hati yang bersyukur,
ikutilah, belailah emosi janganlah di lintangi arus leteran itu…FAHAMILAH

Cubalah ungkapan ini jika terdesak " Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang sorry "
bisikkan " Darling.. I lupa lagi.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci

Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam tetapi... kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa. ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati seorang isteri.
Kebahagiaan tidaklah jauh, dia ada di hati kita yang di penuhi SYUKUR.

Alhamdulillah…..Aku bersyukur memiliki mu ‘ISTERIKU’. ‘

‘Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 12’



Wednesday, August 26, 2009

Selamat Hari Lahir Anak-Anakku....!

Selamat Hari Lahir Che Aina Husna yg ke 10, 25 Aug 2009 dan Che Aiman Zafran yg ke 11, 26 Aug 2009.

Kamu adalah mutiara, kamu adalah permata dan sesungguhnya kamu adalah amanah Allah ke atasku, dan aku adalah Pemimpin kamu.

Sabda Rasulullah s.a.w "Setiap kamu adalah pemimpin. Dan setiap pemimpin bertangung jawab tentang kepimpinannya. Imam itu pemimpin, bertangungjawab tentang kepimpinannya. Laki-laki itu pemimpin dalam keluarganya, bertanggung jawab tentang kepimpinannya. Wanita itu pemimpin dalam rumah tangganya, dan bertanggung jawab tentang kepimpinannya. Khadam itu pemimpin bagi harta majikannya, bertanggung jawab tentang kepimpinannya." (Bukhari dan Muslim)

Kamu adalah pelaburanku yg paling beharga sepertimana Sabda Rasulullah s.a.w "Apabila matinya seseorang, semua amalannya terhenti kecuali tiga(3) perkara : Sadaqah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak soleh yang mendoakannya." (Muslim).

Aku amat beruntung mempunyai kamu sepanjang hayatku, dunia akhirat.


Dengarlah nasihat pemimpinmu ini sebagai hadiah di hari lahir kamu :

Aku memarahi, aku menghalang sesuatu yg kamu sukai, ADA SEBABNYA.
Aku menidakkan sesuatu yang kamu sukai, ADA SEBABNYA.
Aku tidak menghalang ke atas sesuatu yg kamu sukai, MESTI ADA HADNYA.

Aku sentiasa di sini,
untuk mendampingi kamu,
untuk menyayangi kamu,
menghormati kamu,
menghargai kamu,
mementingkan kamu

'Selamat hari Lahir Puteraku dan Puteriku' - sekalung tahniah dari Ayahanda dan Bonda Kamu.





Monday, August 10, 2009

ٱلَّذِينَ Ø¥ِذَآ Ø£َصَÙ€ٰبَتۡÙ‡ُÙ… Ù…ُّصِيبَØ©ٌ۬ Ù‚َالُÙˆٓاْ Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّآ Ø¥ِÙ„َÙŠۡÙ‡ِ رَٲجِعُونَ

Sebagai kenangan di hari kelak.
August, 4 2009. Isteri menerima panggilan dari seorang teman untuk menyampaikan satu berita yang sudah pasti (tidak awal, akhir) tentang kematian. Seorang teman atau boleh dikatakan abang juga di Doha, Qatar. Baru hendak mengenali keluarga beliau sebulan 2 kebelakangan ini secara dekat, malah kalau diingatkan kembali sudah berkenalan pada awal tahun penghijrahan ke Qatar, 2007, pertemuan pertama di Al Jarir Book Store secara kebetulan. Amat mengingati nama Mohamd Mat Dahan, kerana namanya agak menarik sedikit. Itu adalah ingatan di pihak diriku, tidak pula tahu bagaimana pula di sebelah sahabat ini.
Persahabatan antara keluarga bertambah akrab mungkin disebabkan sifat-sifat peramahnya, minatnya, hobi dan sebagainya.
Tidak perlulah penceritaan selanjutnya. Semoga pertalian dengan yang masih hidup masih berkekalan.

Antara kehendak tuhan agar hambaNYA memperingati Kematian adalah dengan kematian hambaNYA.

Aku doakan Sahabat/Teman/Abang Mohamad Mat Dahan di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Insyaallah.

Marhaba to Bowling Addict

Sejarah telah tercipta dengan kelahiran ‘http://kuantanbowler.blogspot.com/’ atas tajuk ‘Bowling Addict’. Dari tak suka bermain bowling akhirnya akur dan telah menjadi Penagih Boling (Bowling Addict). Dari tidak suka menulis di mana2 blog kepada tercetusnya ‘Bowling Addict’ - link di atas. Rasanya sekarang sudah tidak angkuh lagi. Rasa tercabar pulak bila di footnote tertulis ‘P/S: Lan: train betul-betul. There will be a rematch once you come back... or do I need to go to Qatar?’. Berdebar juga di dalam hati. Dahlah Qatar tahun nih macam kurang sikit sessi tournament, a few achievements setakat menang retail je tak kira ok. Tambahan pada commentnya pula tercatit ‘Lan & Ija, Thanks for dropping by. InsyaAllah, if permitted, we shall be there. Thinking of taking the kids along. Have been saving money for it.’. Alamak, bukan berdebar lagi, ni dah menggeletar. Macamana ni..?, nampak gayanya nak kena start thinking of the ‘mental’ coaching. Kalau setakat bowl saja dah kira ok tapi kena training on psychological part.

Ok tak pa, tak pa, tambah sessi training 2 more sessions seminggu bagi ada confident sikit.

Anyway Mabrook to the birth of ‘BOWLING ADDICT’.

Selamat Hari Lahir IsteriKu !

Selamat Hari Lahir Isteriku.. Yang ke 36. Engkaulah Isteri, engkaulah Secretaryku, engkaulah PA, engkaulah Chef dan banyak lagi. Betullah Isteri adalah Anugerah. Jadilah hari lahir ini sebagai hari peringatan bahawa masa tidak menunggu kita. Walau bagaimana pun kehidupan harus diteruskan.
Selamat Hari Lahir, semoga panjang Umur dan Murah Rezeki dan semoga Kehidupan ini diLimpahi Rahmat olehNYA. Hanya doa ku iringi sebagai hadiah di hari ulangtahun kelahiranmu.

Doa Harian

Dengan nama ALLAH yg Pemurah dan Penyayang, segala puji bagi ALLAH Tuhan Seru Sekelian alam. Ya ALLAH, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya ALLAH, kami pohon kepadaMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama,dunia dan akhirat.
Ya ALLAH, baikanlah kesudahan kamipada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat.
Ya ALLAH, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan kami, kurniakankanlah kami kebajikan dunia dan akhirat seta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan ALLAH, limpahkanlah rahmat serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda