Thursday, March 5, 2009

Fikirkan dan Amalkan - berkawan

Setiap malam sebelum tidur dan selalunya bila hendak beradu, sudah menjadi kewajiban untuk diulik oleh program2 di TV1. Jam 12 a.m di Qatar dan jam 5 pagi sewaktu dengannya di Malaysia. Programnya sentiasa kearah kebaikan seperti Tazkirah pagi, Motivasi Pagi dan sebagainya dan bukannya 'branstorming propaganda politik kerajaan'. Apa yang menarik semalam ialah tajuk '3 Jenis sahabat'. Bukannya bermakna 3 sahabat seperti Do Re dan Mi tapi 3 Jenis Kawan yang boleh kita amalkan atau cuba amalkan tetapi hendaklah di awalkan dengan niat.

Di sampaikan oleh Ustaz Ghazali Ibrahim seperti kisah seseorang yang mana pahala dan dosa-nya 50-50. Dia tak ke neraka dan tak ke syurga, seperti berada di tengah2. Bila di pandang ke Syurga, maka terlihatlah ia oleh seorang kawan yang mana berada di syurga dengan timbangan 51-49, hanya terlebih 1 pahala sahaja melebihi dosa. Diminta olehnya kehadrat Allah dengan berdoa 'Ya Allah, pahala yang satu ini adalah datang dari Sahabat ku itu, jikalau bukan darinya maka taklah aku ke SyurgaMu'. Bertapa kasihnya ia terhadap Sahabatnya apatah lagi ALLAH yang Maha Pengasih, maka di masukkan kedua-duanya ke Syurga.

Sebaliknya, di sebelah neraka, seorang kawan yang di humban ke neraka dengan timbangan 1-99, yang mana 1 pahala yg di dapatinya adalah hasil dari kawan yang 50-50 itu. Diminta olehnya dengan berdoa 'Ya Allah, bagilah 1 pahala yang ku ada ini kepada Sahabat ku yang memerlukan itu, 1 pahala ini adalah hasil dari nasihatnya kepada ku..tak guna juga bagiku dengan satu pahala ini masih berada di nerakaMu'. Bertapa kasihnya ia terhadap Sahabatnya apatah lagi ALLAH yang Maha Pengasih, maka di masukkan kedua-duanya ke Syurga. 3 jenis Kawan yang di sebutkan ialah:

1. Kawan yang boleh menolong untuk ke Syurga, seperti berkawan dengan orang yang Alim, yang punyai ilmu agama yang boleh mengajar kita ke arah Kebaikan.
2.Kawan yang juga boleh membantu untuk kejayaan dunia, iaitu yang pandai dalam menguruskan kehidupan dengan sempurna, mempunyai keluarga yang baik, mempunyai anak2 yang baik2 dan berjaya.
3.Kawan yang tak baik juga, yang suka bawak mulut, suka mengata, suka menghebohkan bila dia tidak suka akan sesuatu. Kita hendaklah menjaga kawan yang sebegini untuk memeliharanya dari membuat dosa seperti mengumpat dan sebagainya. Insya'Allah kita di ganjarkan pahala seperti kisah 2 di atas.

Kita perlulah berilmu untuk berkawan, dan ilmu itu harus di cari dengan membaca. Baru tadi selesai membaca coretan Ustaz Nik Abduh di 'Masanya Memilih Jalan Yang Lurus', coretan bertajuk 'Di sebalik buku yang di baca'. Bagi saya ianya ada kaitan sedikit dengan program Tazkirah pagi yang di tonton malam tadi.

Wallahualam,

1 comment :

Mohd Syafei Ahmad said...

kan.. insaf aku baca entry ni..

Doa Harian

Dengan nama ALLAH yg Pemurah dan Penyayang, segala puji bagi ALLAH Tuhan Seru Sekelian alam. Ya ALLAH, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya ALLAH, kami pohon kepadaMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama,dunia dan akhirat.
Ya ALLAH, baikanlah kesudahan kamipada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat.
Ya ALLAH, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan kami, kurniakankanlah kami kebajikan dunia dan akhirat seta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan ALLAH, limpahkanlah rahmat serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda