Thursday, February 5, 2009

Rentetan dari 'Prediction for A visitor from London... "

Kali ini aku akan cuba menulis dalam bahasa malaysia :

Sehari selepas aku membuat catatan bertajuk "Prediction for A visitor from London... ", aku menerima "SMS" dari Kakak Ku, berbunyi ..."Le, sorry, my trip is cancelled.tak jadi gi.sorry", haahh, ketika ini aku sedang memandu pulang dari pejabat QTel di West Bay. Rasa terkejut dan kecewa pun ada, menyelubungi pemikiran, bertambah kecewa kerana tidak dapat memberi tumpuan untuk membalas kiriman "SMS" tersebut. Aku sempat menaip beberapa perkataan bertanyakan alasan sementara menunggu lampu hijau di Rawdat AlKhail(aku amat mengingati persimpangan ini kerana isteriku mengatakan ianya Rawdat Al-Khalil dan akulah yg betul).

"Apasal? Dah buat entry kat blog hu hu hu budok2 doh excited", itulah bunyi "SMS" yg sempat ku taip mengunakan papan kunci QWERTY - GLOFISH M700 yg banyak berjasa (telefon mudah alih yang paling lama ku pakai > 2 tahun). Terdetik di hati dengan pertanyaan, adakah disebabkan tulisanku di laman blog Radius-Qatar, maka di tentukan untuk pembatalan lawatannya atau pun tidak ada kaitan sama sekali.Sebenarnya, alasan terkandung di dalam SMS berikutnya "So sorry, bos aku kena gi honk kong so dia cxl. me too really looking forward.sedih....", dan seterusnya aku membalas dengan menghantar perkataan atau ayat yg mudah difahami yg paling ringkas dan termahal iaitu "k", menunjukkan yang aku menerima dan faham akan sebab-sebab pembatalan tersebut, walaupun berbaur merajuk, kecewa dan sebagainya.Perasaan kecewa, merajuk adalah biasa dan semestinya akan timbul bilamana ada pertembungan antara kebaikan(positive-dengan izin) dan keburukan(negative-dengan izin). Kebaikan adalah setelah luahan keceriaan untuk menerima tetamu pertama ku di qatar di catatkan di laman 'blog' dan keburukan adalah berita atas pembatalan tersebut "yakni" sejurus selepas catatan.
Tuhan itu MAHA segala-galanya, kita di ajar supaya tidak mudah berputus asa, jangan cepat melatah dan bersabar tanpa ada batas. Aku menerima lagi pesanan ringkas "SMS" bertulis "But nati aku nak tengok dulu kalu ada cheap fare, aku gi jugak, dont knock it yet". Aku membacanya tanpa membalas, tetapi ada iras-iras atau bau-bauan yang lawatannya akan diteruskan. Kemudian kedengaran "code morse - a b c d e f ....tutut, tuuutuutututt, tuutuututt.." lagi sekali, (ini adalah nada dering yang aku gunakan) satu lagi "SMS", "Ok.checked.jadi gi.phew!flt 20/2 balik 23/2". dan sejurus kemudian aku menerima "itinerary" perjalanannya melalui "email".

Beberapa "SMS" lagi di hantar rentetan dari itu untuk menentukan beberapa perkara. Adakah Kakak ku dapat merasa akan kekecewaan yang aku rasai sekiranya dia tidak dapat meneruskan lawatannya dan atas sebab itulah dia terpaksa mencari pernerbangan atas urusan peribadi dan akan menghabiskan beberapa hari cutinya bersama Keluarga ku di Doha. Atau sememangnya dia akan tetap meneruskan perjalannan walau apa pun terjadi, samada atas urusan pekerjaan (bagaikan pucuk di cita ulam mendatang) mahu pun terpaksa berbelanja sendiri.
Hakikat, itulah kehendakNYA.

"
KENNY/MAZURA MS 20FEB LHR DOH
This document is automatically generated.
Please do not respond to this mail.
HIS TRAVEL DATE 29JANUARY09
14 CHARLES II STREET BOOKING REF YUIZQS
LONDON SW1Y 4QU
UNITED KINGDOM KENNY/MAZURA MS
TELEPHONE: 0207 484 3310
SERVICE FROM TO DEPART ARRIVE
-------------- ------------------- --------------------- -------- -------
BRITISH AIRWAYS - BA 125
FRI 20FEB LONDON GB DOHA QA 1020 2130
HEATHROW
1 STOP TERMINAL 5 DURATION 8:10
NON SMOKING
RESERVATION CONFIRMED- Q ECONOMY
ON BOARD: MEAL
LONDON -BAHRAIN
BAHRAIN -DOHA
EQUIPMENT: BOEING 747-400
BRITISH AIRWAYS - BA 124
MON 23FEB DOHA QA LONDON GB 2355 0625
HEATHROW 24FEB
1 STOP TERMINAL 5 DURATION 9:30
NON SMOKING
RESERVATION CONFIRMED- O ECONOMY
ON BOARD: MEAL
DOHA -BAHRAIN
BAHRAIN -LONDON
EQUIPMENT: BOEING 747-400
MISCELLANEOUS 10JAN LONDON
"

note: segala kesilapan di dlam SMS adalah disengajakan, dan ia adalah yg sebenar.

1 comment :

sherry said...

Ahak...ahak.....tak terkata hamba bila membaca coretan ini...

Doa Harian

Dengan nama ALLAH yg Pemurah dan Penyayang, segala puji bagi ALLAH Tuhan Seru Sekelian alam. Ya ALLAH, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya ALLAH, kami pohon kepadaMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama,dunia dan akhirat.
Ya ALLAH, baikanlah kesudahan kamipada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat.
Ya ALLAH, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan kami, kurniakankanlah kami kebajikan dunia dan akhirat seta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan ALLAH, limpahkanlah rahmat serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda