Sunday, November 4, 2007

I'm Back...


Dah lama tak Update blog ni...last sekali 1 Nov, activiti Crabbing pun tak sempat nak cerita.

Kita sampai dlm kul 7pm Maghrib kat rumah, tapi Rizal'family kat Masjid di Petrol Pam Jalan Ke Al-Khor, tempat tu kira meeting pointlah. 6 Kereta moved dulu, Issyam's, Kimi's, Izni's, Ahmad's, Jimi's dan aku and Giant already there. Sampai2 je terus mulakan acara BBQ. A few minutes later the rest sampai, wow..! meriahlah malam tu, dengan budak2 memang seronok.

Giant, sebab dia sampai awal, dia dah mula turun laut dulu tapi pada masa tu air tak surut sangat so agak susah gak nak dapatkan ketam2 ni, lagi pun bulan separuh je masa tu, kata orang bulan mengambang sesuai cari ketam. Tak tahulah alasannya apa, samada 'Ketam banyak' atau pun 'Ketam berisi'. Hasilnya 2/3 ekor je. Kita org mulakan sejurus lepas makan. Wah...!! ngan anak2 semua ikut sekali tapi tak lama, sebab bebudak ni cepat sangat takut.

Aku buat 2 trip, first one dapatlah 3 ekor. Masa tu frust gak sebab ketam tak banyak campur pulak ngan set2 Philipino + India ni pun datang ber-crabbing, lagi pun aku bawak banyak sangat peralatan so susah nak handle sebab turun sorang2. Second time aku turun around 11pm ngan bini, so senang sikit handle peralatan sebab ada assistant. Final result dapatlah dalam 20 ekor kira oklah tu, tapi memang bestlah, nanti next time bulan mengambang kita nak buat lagi.

Kita start packing balik dalam kul 2.30 am, bebudak ada yang nyenyak dalam Khemah tapi terpaksa kejutkan sebab kita tak prepare utk sleep-over, mmmm maybe next time. Sorang2 khemah besar2 so next time mmg sesuai utk activiti berkhemah. Dalam banyak2 khemah, khemah Rizal yang paling susah nak pasang, aku pun tahu kenapa maybe yang default kot..(jangan marah ye Rizal..!)

So habis unpack + start moving balik dalam kul 2.50 am, and sampai rumah (aku) dalam kul 3.30 am

Moral of the story .... Khizmie tak sampai2. Ketam tu ada kirim salam sama Khizmie.

Doa Harian

Dengan nama ALLAH yg Pemurah dan Penyayang, segala puji bagi ALLAH Tuhan Seru Sekelian alam. Ya ALLAH, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya ALLAH, kami pohon kepadaMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama,dunia dan akhirat.
Ya ALLAH, baikanlah kesudahan kamipada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat.
Ya ALLAH, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan kami, kurniakankanlah kami kebajikan dunia dan akhirat seta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan ALLAH, limpahkanlah rahmat serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda