Tuesday, March 24, 2009

Prostration

Your Body receives a huge amount of Electromagnetic waves daily!


You get these Electromagnetic waves through the Electrical Equipments that you use and the various equipments which you can not leave!
Also, through the electrical lights which can not be switched off in certain cases for even an hour!
You are a source which receives huge amounts of Electromagnetic waves! In other words, you are charged with electromagnetic waves without realizing it!

You have headache! You feel uncomfortable!
Do not forget this when you feel some of these symptoms!

What is the solution from all this??!!
A non Muslim Scientist (From Europe) made a research from which he concluded that the best way for the body to remove the positive Electromagnetic charges which hurts the body is:
By putting your forehead on the ground more than once, so that the ground will discharge the positive harmful Electromagnetic charges!

This is similar to the grounding of the buildings where any positive electrical signals (Like thunders) would be discharged through the ground.
So, put your forehead on the ground to discharge the positive electrical signals!
What makes this research more amazing is that:
The best way is to put your forehead on the ground while you are positioned to
the centre of the Earth! Since you will be able to discharge the Electromagnetic signals in a better and more efficient way!

And you will be amazed when you know that Mecca is scientifically proven to be the centre of the Earth!

So, "Prostration" in your prayers is:
The best way to discharge the harmful electromagnetic signals from your body!
It is also the ideal way to be very close from the Almighty who created this universe in such a creative way!
Allah Almighty will always ask us to do things because they are helpful and useful for us!There are cases when we won’t know the reason for a certain act, but sooner or later, you might be able to find the reason!In any case, you should trust the Almighty Allah and know that whatever you do for Him, is the best for you!
We do not prostrate to discharge the electromagnetic waves, but to obey the Almighty Allah! We trust that in His commands, there is always a wisdom! Our trust is because He is the Creator, He knows everything!
However, since a scientific reason is available, it was essential to show it to the people so that they can see that whatever Muslims do, is good for them!





Ingatan Terbaik

I have came accross the older post of 'Mom mutqaidah's Day' here it is:

'Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini.

Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah mula melupakan kawan-kawan anda.Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, InsyaALLAH'

Jangan Lupakan Kami

Baru ku ketahui ramai dari keluarga ku mempunyai blog untuk tatapan para bloggers. Yang terbaru kepunyaan Kakanda Iparku -Sh. Salmiyah Syed Agil @ http://mommutaqaidah.blogspot.com/ - ' Mom Mutaqaidah's Day' yang menetap di bangi dan mungkin sudah berada di alam/zaman persaraan-itulah nama blognya. Juga baru di kemaskini 'link'nya adalah kepunyaan anakdanya @ http://ewauna.blogspot.com/ -' Painless and Enjoyable way to Revise....'- walaupun satu entry sahaja....hhhmmmmm.... Mungkin ada lagi yang lain tapi tidak di ketemui di sebabkan tidak mempunyai banyak masa untuk meneliti 'link'2 di rangkaian family's blog like sherry nor.

Kekadang boleh hiba/terharu jadinya bila membaca blog2 keluarga ini disebabkan kami berada jauh diperantauan, di bumi anbi'a untuk meneruskan perjuangan untuk mencari rezeki, isyaallah di berkatiNya. Tidak mudah juga berada di perantauan dan berkat doa dan dengan izinNya yang susah nampak mudah dan Alhamdulillah sudah hampir 2 tahun kami di sini. Di tahun-tahun yang mendatang banyak lagi dugaanNya dan Insyaallah di permudahkan hendakNya.


Terharu/hiba takut dilupakan keluarga walaupun sedetik, ketika membaca catatan mereka. Bila dilupakan makan hilanglah kami di dalam doa kalian. Tak mengapalah, kekadang tu tersenyum dan terkumat-kamit sendirian bila membaca luahan rasa di laman masing2 seperti di laman Sherry Nor yang suka bercoloteh dengan rankaian bloggersnya, nice...! Baru hari ni sempat ku kenali laman blog 'Mom Mutaqaidah Day' dan sungguh menarik isi kandungannya. Teruskkan usaha biarlah kami jadi silent reader ye..!!Kekadang di sebalik kehibaan itu terasa dekatlah pula, itulah -Allah maha berkuasa.

Ingin ku jadikan blog ini sebagai tempat luahan hati kecil dan bukan luahan zahirah sahaja, tapi malulah pulak. Biarlah ianya tempat untuk santaikan minda dikala suka sahaja supaya boleh menghilangan kerinduaan kepada tanaair, tak mahu di campur-adukkan. Tulisan hati mungkin belum sampai masanya ataupun mungkin di laman yang lain biarlah anonymous penulisnya.

Kepada ahli keluarga yg menjenguk, janganlah lupa kami yang jauh ini, doakan kesejahteraan kami, di beri perlindungan dari segala godaan syaitan dan juga di permudahkan segala urusan harian kami, insyaallah.


الهم أ عطنى ايمانا لايرتد, ويقيناليس بعده كفرورحمة أنال بها شرف كرامتك فيالد نيا والاخرة

Tuesday, March 10, 2009

Ikan Bakar Portugese - Doha Style

Aku memang suka akan masakan bakar ala portugese ni. Dengan kacang bendi + lala fuuhhhh....menyelerakan. Masa kat Malaysia, boleh di katakan tiap2 minggu tapau kat Mid-Valley, foodcourt yg kat tengah, bukannya top floor, tapi last year masa aku balik food court tu dah tak de bukan main frust lagi.

   

Anyway sebab aku dah kat Doha, dan bukannya boleh cari kedai yang jual ikan bakar ni so aku decide utk masak sendiri. Sabtu lepas, panggil few friends (kimi and Nizam) to taste (experiment), katanya not so bad, but bagi aku dah kira jadi dah tu, kalau hari2 aku dok teringat je itu kira ok sesangat...ki ki ki.


Tarian Melayu@Doha Cambridge - Int. Food Festival

There was an International Food Festival held @ Cambridge Int School. Malaysian Parents were responsible to provide types of foods from our beloved country, Malaysia. There was Nasi Lemak, Mee Goreng, Nasi Minyak/Tomato, Kuih Muih etc. Also the geng from Tarian Team which Aina is one of the members have to perform the Malaysian Traditional Dance. Other countries like Bangladesh, Pakistan, India, Palestine, Indonesia, Philipine, Britain and also Qatar participate in this event. I WAS THERE JUST TO TASTE THE FOOD NOT FROM OTHERS BUT OUR OWN.



And not to miss my daughter performance.



Other dance from Palestine


Sunday, March 8, 2009

Special Entry (dedicated to Kak Jane)

Don't be surprise, this entry will be a little bit different..as it is not from 'Radius Qatar' per se. Well - this is Ija.."the Wife" who is trying to write for the first time. Cam ni la, kira sebagai penulis jemputan gitu. I'm not very good in writing, even does not have the slightest idea how to even start it but...teringin nak 'interprem'. Sometimes feel jeolous bila reading other's blog (Bro Mart-its you). So here I am, will try my very best. Iyelah, kekadang we feel that we have something good that we want to share it with other people but the words will not come out properly...
For this entry I have to ask my son-AIMAN-who's already has his own blog to guide me on how to post an entry, photos, etc. Believe me, he's very dedicated with his supervisory task and keep on pointing out my errors-"mama salah eja, mama silap browse photo la...macam macam.
Here goes- last weekend I've made this very speacial meal, nasi ayam and sagu santan, So saje la nak show off to my dearest sister. I'm supposed to show her step by step on how to make both but eventually it was all done very fast..sempat ambil gambar on the after je..Sorry ye Kak Jane, maybe next time.
As for sagu, cam dalam gambar tu la gayanya. The truth is that i don't know how the correct way to do it, even the sukatan sebab selalunya when I cook, it will be more on ikut perasaan punya sukatan..Cuma so far the food or kuih selalunya menjadi aje..nasib baik.
Selalunya this kuih sagu kita makan dengan santan masak dan sedikit air gula. I remember kalau buffet Ramadhan kat KL, this menu is a must menu..memang yummy betul
So inilah hasilnya-my sagu and my nasi ayam , and by the way di sini sagu they called it also "sagoo".
Okey..that's it, my first entry, lepas ni will try to write again to add some spice to this blog. Amacam Bro Mart, boleh tak..




Thursday, March 5, 2009

Menembaklah Pulak...



Semalam menghabiskan 50 biji peluru jenis 7'/4RC. QAR50 perbox with 25 bullets. Banyak gak target disc yang kena, adalah dalam >70%lah, fuhhh...best gila. Ini adalah sport yang paling mahal bagi ku. Sekejap je abih 2 kotak. Tapi dia punya thrill, fuhhhhh...!! Kat bahu kanan tuh abih lebab2 sebab hentakan-'initia' double barrel senapang patah tuh. Dahlah senapang tuh berat, kena lagi hentakan lagilah sakit. Bukan bahu je yang lebam malah pipi kanan juga sakit2 sebab attached kat senapang tu utk aiming target.

Sukan ni memang susah cari di tempat lain kecuali Doha. Bayaran pun, bolehlah....bila dah dapat 100% hit buleh masuk competition plak kat Lusail.

Fikirkan dan Amalkan - berkawan

Setiap malam sebelum tidur dan selalunya bila hendak beradu, sudah menjadi kewajiban untuk diulik oleh program2 di TV1. Jam 12 a.m di Qatar dan jam 5 pagi sewaktu dengannya di Malaysia. Programnya sentiasa kearah kebaikan seperti Tazkirah pagi, Motivasi Pagi dan sebagainya dan bukannya 'branstorming propaganda politik kerajaan'. Apa yang menarik semalam ialah tajuk '3 Jenis sahabat'. Bukannya bermakna 3 sahabat seperti Do Re dan Mi tapi 3 Jenis Kawan yang boleh kita amalkan atau cuba amalkan tetapi hendaklah di awalkan dengan niat.

Di sampaikan oleh Ustaz Ghazali Ibrahim seperti kisah seseorang yang mana pahala dan dosa-nya 50-50. Dia tak ke neraka dan tak ke syurga, seperti berada di tengah2. Bila di pandang ke Syurga, maka terlihatlah ia oleh seorang kawan yang mana berada di syurga dengan timbangan 51-49, hanya terlebih 1 pahala sahaja melebihi dosa. Diminta olehnya kehadrat Allah dengan berdoa 'Ya Allah, pahala yang satu ini adalah datang dari Sahabat ku itu, jikalau bukan darinya maka taklah aku ke SyurgaMu'. Bertapa kasihnya ia terhadap Sahabatnya apatah lagi ALLAH yang Maha Pengasih, maka di masukkan kedua-duanya ke Syurga.

Sebaliknya, di sebelah neraka, seorang kawan yang di humban ke neraka dengan timbangan 1-99, yang mana 1 pahala yg di dapatinya adalah hasil dari kawan yang 50-50 itu. Diminta olehnya dengan berdoa 'Ya Allah, bagilah 1 pahala yang ku ada ini kepada Sahabat ku yang memerlukan itu, 1 pahala ini adalah hasil dari nasihatnya kepada ku..tak guna juga bagiku dengan satu pahala ini masih berada di nerakaMu'. Bertapa kasihnya ia terhadap Sahabatnya apatah lagi ALLAH yang Maha Pengasih, maka di masukkan kedua-duanya ke Syurga. 3 jenis Kawan yang di sebutkan ialah:

1. Kawan yang boleh menolong untuk ke Syurga, seperti berkawan dengan orang yang Alim, yang punyai ilmu agama yang boleh mengajar kita ke arah Kebaikan.
2.Kawan yang juga boleh membantu untuk kejayaan dunia, iaitu yang pandai dalam menguruskan kehidupan dengan sempurna, mempunyai keluarga yang baik, mempunyai anak2 yang baik2 dan berjaya.
3.Kawan yang tak baik juga, yang suka bawak mulut, suka mengata, suka menghebohkan bila dia tidak suka akan sesuatu. Kita hendaklah menjaga kawan yang sebegini untuk memeliharanya dari membuat dosa seperti mengumpat dan sebagainya. Insya'Allah kita di ganjarkan pahala seperti kisah 2 di atas.

Kita perlulah berilmu untuk berkawan, dan ilmu itu harus di cari dengan membaca. Baru tadi selesai membaca coretan Ustaz Nik Abduh di 'Masanya Memilih Jalan Yang Lurus', coretan bertajuk 'Di sebalik buku yang di baca'. Bagi saya ianya ada kaitan sedikit dengan program Tazkirah pagi yang di tonton malam tadi.

Wallahualam,

Tuesday, March 3, 2009

I like This



Like the photos, the matching colours, the joy etc.
Add ImageEspecially this one (Me and Baby Aiza) @ Al Ahli hospital during visiting dear friends AzerDills and AzerDoods on the day of the new born - Amir Ashraf (28 feb 2009).
All the shots were triggered by Kimie using his Canon.


Doa Harian

Dengan nama ALLAH yg Pemurah dan Penyayang, segala puji bagi ALLAH Tuhan Seru Sekelian alam. Ya ALLAH, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya ALLAH, kami pohon kepadaMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama,dunia dan akhirat.
Ya ALLAH, baikanlah kesudahan kamipada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat.
Ya ALLAH, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan kami, kurniakankanlah kami kebajikan dunia dan akhirat seta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan ALLAH, limpahkanlah rahmat serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda