Wednesday, May 21, 2008

Saman


Semalam genap setahun aku berada di Qatar, dan semalam juga aku mendapat SMS berbunyi "YOU HAVE NEW VIOLATION FOR VEHICLE PLATE NO: 169325 ON 2008-05-14 OF AMOUNT 500 QR".
Baru Jummat lepas ganti Tayar GMC yg pancit teruk QR850, pas tu dapat sms saman utk Mazda.
Betullah, hidup ni macam roda cuma tahap berpusing je yang berbeza, ada yg berputar laju ada yang perlahan. Kalau kira macam aku ni berputar lajulah, sebab hari tu dok nasib baik menang voucher, menang LCD tup2 minggu ni tayar pancit, saman lagi...Alhamdulillah dugaan tuh..!!

Crita pasal saman ni, huh actually bukannya aku tapi cik K.Pah laaa... Aku pun tak caya sebab violation yg tertulis kat MOI "LAODING A VEHICLE IN A WAY THAT CAUSES DANGER TO PEOPLE AND PROPERTIES". Aku sendiri pun tak paham apa maksud sebenar kesalahan tu. Adakah memuatkan barang2 belebihi ataupun tengah memuatkan penumpang dengan cara yg merbahaya, macam stunt-man. Kalau kat Qatar nih, banyak lagi cara yg merbahaya, pergi je kat Al-Matar Al Qadeem tuh macam Setan semuanya, U-Turn ikut suka, Parking ikut suka, honking ikut suka dsbnya.

Sebelum aku bayar aku suruh bini aku check or ambik gambar violation tuh. Huhhh!!! rupa2nya bukan kesalahan yg di paparkan tapi Speeding kat Traffic light Old Ghanim (area Pedang -Hamad Street). Dia lari 72kmh sedangkan area tuh(intersection) 60kmh, aku sendiri pun tak sedar, malah ramai yg tak tahu, so kalau sorang2 sah2 kena saman gak sebab almaklumlah, bila lampu kuning betul2 kat situ mesti rushingnyer.
Tengoklah gambar kat sebelah ni...itulah Mazda3 K.Pah. Satu-satunya kereta pada masa tu, huh..! Aku rasa kalau ada 2/3 kereta boleh lepas lagi, sebab maybe camera terlindung.

Lepas dah confirm mmg sah kereta K.Pah aku pun bayar teruslah online. Takut beb..! sebab July nanti nak cuti kot2 tak ingat nak bayar tup-tup bila nak keluar kena tahan, banyak dah dengar cerita pasal benda2 nih.


Anyway MABROOK..!!

Doa Harian

Dengan nama ALLAH yg Pemurah dan Penyayang, segala puji bagi ALLAH Tuhan Seru Sekelian alam. Ya ALLAH, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya ALLAH, kami pohon kepadaMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama,dunia dan akhirat.
Ya ALLAH, baikanlah kesudahan kamipada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat.
Ya ALLAH, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan kami, kurniakankanlah kami kebajikan dunia dan akhirat seta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan ALLAH, limpahkanlah rahmat serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda