Tempohari MAQ ada organize MAQ Family Bowling Tournament. Aku, kalau pasal bowling bukan saja MAQ yg anjur, siapa2 saja, QBC, QBF, QIBC, Pinoy aku akan masuk. 18th April (Jumaat Lepas). Macam biasa kita org bolot semua hadiah.
Aku - Juara kategori Lelaki
Aiman - Juara kategori Kanak2
Aina - ke-3 kategori kanak2.
Mama - Ke-2 kategori Wanita
Baby Aiza - Juara Kategori bayi kecil(Kalau ada).
Team -Juara
Kita orang bukannya apa sebab dah ada peluang kita org mainlah. Kalau menang tu kira oklah kalau kalau kalah kita cuba lagi.
Malam tadi 25th April kita orang berkumpul di perkarangan Embassy of Malaysia sempena AGM MAQ dan juga penyampaian hadia utk family bowling winners + Lucky draw (dengar2 LCD 32 jadi hadia utama).
Kita org menerima hadiah for the family bowling tournament ( 1st- 300 Shopping Voucher, 2nd 150 Shopping Voucher, 3rd-QR50 Shopping Voucher) . Total hadiah Voucher yg kita orang dapat QR1,200.
Pada malam tadi juga ada cabutan bertuah (lucky draw). Adalah sikit2 kita menaruh harapan utk LCD tu tapi takdelah berharap sangat kalau2 ada rezeki ALHAMDULILLAH, tak de rezeki pun kerana ALLAH. Masa ambik no tu (ikut regitration no MAQ so no ni tak berubahlah sama ngan no MAQ) aku letak dalam wallet kot2 bila di panggil nanti takdelah panic mencari no, tapi last2 Anak Pompuan aku mintak utk pegang dan dia duduk nun di depan utuk menunggu lucky draw.
Semua lucky draw dah di panggil kecuali 3 prize terakhir(Grand Prize>QR1k ) Acara ni agak lewat dekat2 pukul 12 mlm sebab AJK pemilihan Committee member mengira undi untuk pemilihan MAQ committee member baru. Kalau lucky draw ni di dulukan mestilah org semua tak tunggu sebab hari dah lewat malam.
Tup2 no bertuah aku di panggil ingatkan utk hadiah kecil2 rupanya LCD 32 inch. Gabra aku di buatnya. Tiba2 Aina panggil 'Babah No tadi hilang'...Aiseyyyman gelisah gak aku sebab baru je nak bertuah dah hilang plak no tuh. Aku pun ke depan utk mengambil hadiah si MC minta keratan, huh...mengaku ajelah hilang nasib baik no tuh sama ngan registration MAQ so adalah proof yg memang no tu no aku.
Memang bertuah betul kita orang minggu ni. Dah rezeki Insyallah tak kemana.
Saturday, April 26, 2008
My Lucky Day
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Doa Harian
Dengan nama ALLAH yg Pemurah dan Penyayang, segala puji bagi ALLAH Tuhan Seru Sekelian alam. Ya ALLAH, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya ALLAH, kami pohon kepadaMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama,dunia dan akhirat.
Ya ALLAH, baikanlah kesudahan kamipada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat.
Ya ALLAH, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan kami, kurniakankanlah kami kebajikan dunia dan akhirat seta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan ALLAH, limpahkanlah rahmat serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda
1 comment :
No 36 Alsadd 2 ni tv kecik je.. hahahaha... Congrats!!!
Post a Comment