Tuesday, March 16, 2010

Tik! Tok! Tik! Tok! Tua Lagi Setahun!

Tuk Tak Tuk Tak…Pejam celik Pejam Celik, rasanya baru saja aku berumur setahun Muda dari hari ini, tapi masa memang tidak menunggu kita walau sedetik.

Peningkatan umur makin ketara. Kedutan di tangan kian jelas kelihatan, tetapi hati semakin hari rasanya semakin muda, agaknyalah perasaan itulah yang di panggil usia.

(*** Yang bengkok itu adalah side effect sukan bowling ya)

Hati muda diukur dengan keinginan, bukan keinginan untuk memasang lebih dari 1 yang biasa kita dengar, tetapi dengan keinginan untuk melakukan perkara yang dilakukan oleh orang2 muda. Bersukan, berkawan mempunyai hobi seperti orang2 muda. Kekadang aku masih lagi merasakan berada ditahap itu walaupun hampir 10 tahun perbezaan umur.

Akhir kata, Terima Kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan, keberkatan, kejayaan dan sebagainya. Keikhlasan doa kalian adalah yang sebaik-baik hadiah buatku, semoga dimakbulkan Amiiinnn.

Masih banyak benda yang tertangguh, benda yang wajib, yang sunat, yang harus, yang perlu yang tak perlu, fuhhh….banyak kalau ikut kiraannya. Hadiah di hari lahirku adalah (niat) untuk tidak menangguhkan yang Wajib perbanyakkan yang Sunnah dan semoga diterimaNYA.

Usaha adalah wajib dan tawakkal selebihnya.


3 comments :

Amy said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Sukarelawansuri said...

selamat Hari Jadi..Orang HPA tahu diagnos tangan tau?? hati-hati mungkin ada banyak urik acid dalam darah, jika jari jemari membengkok dan sendi ada membengkak???

Unknown said...

Terima Kasih. Tu membengok kerana bowling. Alhamdulillah kesan Ghout belum lg. Klau tahu diognos nt bolehlah buat appointment he he.

Doa Harian

Dengan nama ALLAH yg Pemurah dan Penyayang, segala puji bagi ALLAH Tuhan Seru Sekelian alam. Ya ALLAH, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya ALLAH, kami pohon kepadaMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama,dunia dan akhirat.
Ya ALLAH, baikanlah kesudahan kamipada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat.
Ya ALLAH, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan kami, kurniakankanlah kami kebajikan dunia dan akhirat seta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan ALLAH, limpahkanlah rahmat serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda