Monday, April 12, 2010

Musafir di Bumi Anmbia'a (Bahagian I)




"Assalamualaikum w.b.t,
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan Segala
pujian adalah untukMu Ya Allah.
Tiada kata selain Pujian dan Ungkapan
Terima Kasih yang tak terhingga diucapkan kepada TH Mansor Rahmat dan
keluarga dan jawatan kuasa kerja dan sukarelawan dan krew2, diatas
usaha dan pengorbanan sehinggakan terlaksananya Program Umrah dan
Ziarah Tempohari 31 Mar - 9 Apr 2010. Ucapan tahniah ini hanyalah
kecil jikalau dibandingkan dengan jariah dan pengorbanan yang
dihulurkan oleh mereka yg terlibat. Sebagai pengalaman pertama kami
sekeluarga, kejayaan ini amatlah besar ertinya, hanya Allah sahaja
yang dapat membalas jasa2 anda yang terlibat, Shukran Jazilan. Diharap
kelancaran perjalan program yang sebegini dapat dikongsi dengan para
teman/jemaah yang lain dan di harap Tuan Haji Mansor tidak serik untuk
menjemput kami untuk menyertainya di masa hadapan sekira diizinkan
Allah s.w.t.

Sekian dan Terima Kasih Sekali lagi.

Ikhlas,
Che Mazlan Che Daud dan Sharifah Norjumiza Sekeluarga, NurulNizam
Shamsudin Sekeluarga dan Awatiff Aznan"

Itulah ungkapan email penghargaan yang di hantar kepada pihak penganjur. Ianya adalah tanda penghargaan kami kepada mereka atas sebab yang kami ini adalah tetamu Allah s.w.t, segala puji bagi Mu Ya Allah, cucurilah Hidayah dan Rahmatmu serta naikkanlah Darjatku untuk menjadi tetamuMu lagi di bulan Haji 2010 nanti, Amiiiinnn ya Rabbaalamin.

Sebagai, peringatan dan muhasabah diri, ingin aku catatkan beberapa pengalaman indah sewaktu bermusafir ke kedua2 tanah Haram, Madinah Al Munawwarah dan Mekah Al Mukarramah.

Perjalanan yang mendebarkan, maklumlah hendak ke Rumah Allah, adakah cukup persediaannya, adakah cukup bekalannya, adakah berpada alasannya, alhamdulillah, ianya mestilah bermula dengan niat, cantik niatnya maka moleklah perjalanannya. ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA BESAR, SEGALA PUJIAN ADALAH UNTUKMU YA ALLAH.

Setelah 3 tahun berada di tanah arab yang halal, bersebelahan negara yang menjaga kedua-dua tanah AL HARAM, kami masih tidak dikehendaki Allah untuk menjadi tetamuNya, kekadang terdetik dihati, sesungguhnya jika Kau mahu menjemput kami maka tibalah kami ke RumahMu, 10/40/1000 alasan adalah menjadi sebab sahaja tiada lain dari kehendakMu jua. Cukup wang, tak cukup duit, sihat tubuh badan, selesema tak hilang, sekiranya dijemput maka "Labbayka Allahumma labbayk", aku datang kepadaMu Ya Allah...Hanyalah untuk Mu (Here I am at Your Service).

Soalan yang kurang selesa di dengar, " Le, bila lagi Mu nak gi Umrah/Haji " tapi itu adalah salah satu alasan yang menjurus kepada permulaan niat. Bukan malu, bukan segan akan tetapi, mulakanlah dengat niat, insyallah, di makbulkan, Allah itu Maha Kaya, Maha Mengetahui atas segalanya.

Perjalanan bermula di Al Sadd Sport Club, di mana 4 buah bas SAPTCO menunggu untuk ditunggangi ke destinasi pertama, tanah suci Madinah Al Munawwarah. Bas kami No.4 bersama 5 lagi keluarga lain. Keselesaan bas tersebut yang membuatkan kami sedar tidak sedar perjalanan sebenarnya memakan masa >24 jam. Bagikan di dalam kapal terbang rasanya, Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan, kesyukuran kepadaMu Ya Allah. Yang selalu mabuk naik bas pun mula ketagih untuk naik lagi, sudah rasa hilang takut akan pening, mabuk dan ketidakselesaan sebagaimana bus intrakota.






Secara ringkas, kami beberapa kali berhenti untuk makan dan solat, dan ianya juga tidak seburuk yang digembar gemburkan. Mungkin juga sebab kita bukan orang kota, pincang sedikit keadaan tandas awam itu adalah perkara biasa, asalkan dapat menunaikan hajat, Alhamdulillah.
Mula tiba di Madinah Jam 10 mlm, Khamis 1 Apr. Tidak sempat fardu Isyak berjemaah bersama Imam di Nabawi, namun masih mampu berjemaah bersama rombongan. Tuan Haji penganjur sempat memberi taklimat serba sedikit tentang Nabawi, dan pada malam itu kami berpeluang menziarahi Makam Rasulullah dan sampaikan salam kawan2 jua, dan sempat bersolat tahiyyatul di Raudhah, walaupun besesak-sesak, namun Allah telah permudahkan segalanya. Aiman juga agak mudah untuk bersolat di Raudhah.

Kesibukan dan kealpaan terhadap keduniaan mula dilupakan, keghairahan untuk bersolat qabliyatan, ba'adiyatan, iktiqaf membuak2. Keletihan tidak dirasakan. Allah Maha mengetahui yang terbaik untuk hambaNya, sudah kehendaknya iphone ku mula tidak berfungsi setelah tiba di Madinah, agak serious dan memerlukan Firmware restoration dan hanya boleh dilakukan dirumah menggunakan Hackintosh. Ada hikmah disebalik kejadian itu. Sekiranya ia berfungsi, aku akan melayan setiap email office yang masuk, maklumlah tarikh tersebut adalah critical untuk 'GL Closing'. Sudah menjadi, tabiatku untuk melayan/tidak meninggalkan sebarang email 'UnRead', namun dengan kejadian itu secara automatis, kerja2 pejabat ditinggalkan dengan rasa yang amat tenang, namun, N71 masih lagi dapat menampung untuk mengemaskini log perjalanan.
"Ya Allah, ya Tuhanku, ampunkanlah dosa2ku, dosa2 kedua orang tuaku, dosa2 ahli keluargaku, sahabat2 ku, tunjukkanlah aku jalan yang lurus, jalan yang telah kau kurniakan nikmat pada mereka yang terdahulu. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha mengetahui atas segala kejadian"




Nikmatnya berada di Madinah tidak dapat digambarkan. Sungguh seronok dapat berada di Tanah Suci bersama yang tersayang keluargaku dan sahabat2ku. UjianNya akan sampai, janganlah kamu terlalu taksub, dan ingatlah ungkapan 'Sabar ya Hajj, Sabar ya Hajjah..!" Ungkapan itu akan menjadi ungkapan biasa di sana.
Oleh kerana keadaan lif hotel yang agak Zahmah(sesak), kekadang aku mengunakan lift manual untuk turun dan naik, malah most of the time I used stairs. Tetapi ianya memberi masalah kepada Aiman, dia kurang fit for the purpose, dan setelah menggunakan tangga beberapa kali dia jatuh sakit dengan kehendakNya. beberapa tragedi telah berlaku, dan ungkapan 'Sabar ya Hajj' telah diguna pakai dan amat menepati.

Setelah menziarahi ke Masjid Rasulullah Kuba' dan mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid dan Dhuha untuk mendapatkan ganjaran yang dijanjikan seperti yang termaktub didalam hadis Rasulullah s.a.w "barangsiapa yang berwudhu di rumanya dan mengerjakan sembahyang di Masjid Kuba' maka ganjarannya dalah seperti satu Umrah'. Jelas bahawa, sesiapa yang datang menziarahi Madinah tidak melepaskan peluang keemasan ini.
Makam para Syuhada adalah antara tempat yang sempat dilawati, begitu juga untuk mendapatkan naskah Qur'an percuma dan membeli beberapa Qur'an untuk diwakafkan di kilang pencetakan Qur'an. Dimaklumkan bahawa hanya Qur'an yang di keluarkan di kilang tersebut sahaja yang akan di benarkan untuk diwakafkan di Masjid Nabawi, yang bertali Kuning dan bukannya Qur'an yang dijual di kaki lima dengan harga 5biji untuk SR100.(Sekiranya di wakafkan, ianya mungkin dikeluarkan dari Masjid Nabawi wallahua'llam). Tidak sempat untuk menjejak kaki ke Masjid 2 Kiblat (Masjid Qiblatain), adalah Masjid dimana berlakunya perintah Allah kepada Nabi untuk pertukaran Kiblat dari BaitulMaqdis ke Ka'abah.
Di ladang Kurma Sahabat nabi AbdurRahman Bin Auf sempat juga menjadi detinasi ziarah kami selama berada di Madinah dan sempat merasa kurma Nabi, iaitu kurma Najwa yang ada disebutkan di dalam hadis Rasulullah s.a.w.


Perjalanan ke Kota Mekah Al Mukarramah bermula pada 4 Apr, Ahad selepas Zuhur dan kami sempat melakukan ziarah Wida'a dengan doa "Ya Allah jadikanlah perpisahan dengan Tanah suci Madinah dan RumahMu Masjidil Al Nabawi ini adalah sementara, dan kurniakanlah aku HidayahMu, RahmatMu dan Rezeki yang halal untuk aku sampai lagi di sini"

Miqat Bir Ali adalah tempat kami bermiqat dan berihram. perjalan memakan masa selama lebih kurang 5 Jam, dan akan bertalbiah, berzikir seperti yang dianjurkan sepanjang perjalanan. Sungguh ramai jemaah2 yang bermiqat dari Madinah, dan Bir Ali dapat menampung jemaah2 yang ramai dan berbilang kaum dan bangsa ini.


......bersambung...



3 comments :

Ija said...

I likeeeee

Sukarelawansuri said...

tabarakallahu fikum...alhamdulillah sekeluarga dapat menjadi tetamu Allah. tumpang gembira.. semoga rumah Allah itu akan dikunjungi lagi sebagai tetamu Allah dalam menasik haji pula

verignac said...

Alhamdulilah...I'm so happy that u and your family finally been invited as Allah's swt greatest guest...Alhamdulilah..

Doa Harian

Dengan nama ALLAH yg Pemurah dan Penyayang, segala puji bagi ALLAH Tuhan Seru Sekelian alam. Ya ALLAH, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya ALLAH, kami pohon kepadaMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama,dunia dan akhirat.
Ya ALLAH, baikanlah kesudahan kamipada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat.
Ya ALLAH, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan kami, kurniakankanlah kami kebajikan dunia dan akhirat seta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan ALLAH, limpahkanlah rahmat serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda