Wednesday, June 17, 2009

Terkilan-Tak Dapat Hadir

4 June 2009, hari perkahwinan adikku yang tinggal bersama dengan ibu, 2 adik dan satu anak saudara. Perkahwinan yang mana aku sendiri tidak ketahui secara rasmi, maksudku tidak pernah di bincangkan sebelum2 ini secara direct oleh tuan punya badan. Malu atau segan dengan ku, aku pun tak tahu. Secara ikhlas dan jujur aku tidak senang dengan perlakuan itu. Aku tidaklah berkecil hati, itu kehidupan yang di inginkannya.


Segala urusan agaknya dibawah tanggungjawab kakak ku yang berada di London. Jikalau adik perempuan sudah tentu aku diutamakan disebabkan mempunyai kuasa Wali. Namun, acara perkahwinan sudah selesai. Aku tidak sedikit pun mengenali siapa keluarga si isterinya. Doa ku moga dari kalangan orang baik2.

Semoga kekal ke akhir hayat SELAMAT PENGANTIN BARU, dari DOHA.

beberapa pilihan gambar kenangan.

Tuesday, June 16, 2009

Alhamdulillah...

Semenjak 2 menjak nih memang penuh dengan activiti2 kemasyarakatan. Sibuk tak tentu hala. Nak kata ada untung, mmmm...dari segi kekayaan memang sah rugi tapi dari segi lain insyaallah mendapat keredhaanNYA dan juga balasan setimpal. Kita tidak mementingkan balasan dunia kita 100% menunggu balasan akhirat sebab itulah yang di janjikanNYA.


Kesibukan itu adalah tanggungjawab dan tanggungjawab itu adalah amanah so memenuhi amanah adalah tuntutan. Bukan merungut tapi meluahkan saki baki keringat di ruangan ini kerana itulah juga amanahnya blog ini, tempat menumpang letih lesu untuk tatapan ku jua nanti, untuk di renung dan di fikir2kan.

Boleh di katakan ramai yang akan pulang ke Tanahair tercinta musim panas ini, tapi aku sekeluarga tidak bercadang untuk pulang malah sedia untuk mengharungi ujian ALLAH di bumi ambia'a ini, untuk di uji dengan berbagai pusingan cuaca, panas terik, angin kuat berdebu dan sebagainya. Melainkan kehendaknya untuk kami pulang menemuai Ibu, Ibu Mentua, Bapa Mentua dan Sanak saudara yang tercinta maka sekelip mata kami akan berada di sana. Tapi dalam diari manusia ini kami akan terus kekal di bumi Qatar untuk tahun 2009 ini.


Doa Harian

Dengan nama ALLAH yg Pemurah dan Penyayang, segala puji bagi ALLAH Tuhan Seru Sekelian alam. Ya ALLAH, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya ALLAH, kami pohon kepadaMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama,dunia dan akhirat.
Ya ALLAH, baikanlah kesudahan kamipada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat.
Ya ALLAH, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan kami, kurniakankanlah kami kebajikan dunia dan akhirat seta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan ALLAH, limpahkanlah rahmat serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda