Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Tuesday, March 16, 2010

Tik! Tok! Tik! Tok! Tua Lagi Setahun!

Tuk Tak Tuk Tak…Pejam celik Pejam Celik, rasanya baru saja aku berumur setahun Muda dari hari ini, tapi masa memang tidak menunggu kita walau sedetik.

Peningkatan umur makin ketara. Kedutan di tangan kian jelas kelihatan, tetapi hati semakin hari rasanya semakin muda, agaknyalah perasaan itulah yang di panggil usia.

(*** Yang bengkok itu adalah side effect sukan bowling ya)

Hati muda diukur dengan keinginan, bukan keinginan untuk memasang lebih dari 1 yang biasa kita dengar, tetapi dengan keinginan untuk melakukan perkara yang dilakukan oleh orang2 muda. Bersukan, berkawan mempunyai hobi seperti orang2 muda. Kekadang aku masih lagi merasakan berada ditahap itu walaupun hampir 10 tahun perbezaan umur.

Akhir kata, Terima Kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan, keberkatan, kejayaan dan sebagainya. Keikhlasan doa kalian adalah yang sebaik-baik hadiah buatku, semoga dimakbulkan Amiiinnn.

Masih banyak benda yang tertangguh, benda yang wajib, yang sunat, yang harus, yang perlu yang tak perlu, fuhhh….banyak kalau ikut kiraannya. Hadiah di hari lahirku adalah (niat) untuk tidak menangguhkan yang Wajib perbanyakkan yang Sunnah dan semoga diterimaNYA.

Usaha adalah wajib dan tawakkal selebihnya.


Monday, August 10, 2009

Selamat Hari Lahir IsteriKu !

Selamat Hari Lahir Isteriku.. Yang ke 36. Engkaulah Isteri, engkaulah Secretaryku, engkaulah PA, engkaulah Chef dan banyak lagi. Betullah Isteri adalah Anugerah. Jadilah hari lahir ini sebagai hari peringatan bahawa masa tidak menunggu kita. Walau bagaimana pun kehidupan harus diteruskan.
Selamat Hari Lahir, semoga panjang Umur dan Murah Rezeki dan semoga Kehidupan ini diLimpahi Rahmat olehNYA. Hanya doa ku iringi sebagai hadiah di hari ulangtahun kelahiranmu.

Thursday, April 9, 2009

Aku Tidak Seperti Dulu

















Aku tidak seperti dulu...!! ingat pula pada lagu " Aku
tidak seperti yang dulu, menunggu mu sampai akhir hidup ku....seterusnya.." yg tidak pernah aku hayati maksud lirik2nya.










Ya! Aku tidak selalu muda, umur makin meningkat, ingatan makin lupa, malam mudah mengantuk, hati makin sensitif,sasa tubuh makin sembab, ruang2 lipatan makin berisi walaupun aktif dengan tugasan jasmani tapi ianya tidak mencukupi. Kerapkali aku membuat penelitian sendiri keatas kedutan kulit, dan penemuannya tak ada lain melainkan akibat ketuaan, namun belum lagi ketara di mata kasar. Walaupun naluri masih seperti dulu, dikala pinggang bersaiz 29 inci tapi hakikatnya sudah 36/37 inci sekarang.







Jikalau dulu boleh berlari 100m dalam 10s tapi sekarang walau kayuhannya sama tapi 3kali ganda masa yg diambil. Bukannya bermaksud untuk menghalalkan keutamaan dunia tapi lebih kepada keinsafan dan mengingati kematian.

Ada baiknya sambutan hari lahir di beri keutamaan tiada lain tujuannya adalah untuk keinsafan. Biarlah perasaan muda bermain2 di fikiran tapi keinsafan bertarung di hati. Aku sudah menjakau 36 tahun. Aku tidak sepeti dulu. Kepada rakan2 terima kasih di atas ke perihatinan dan sambutan hari peringatan hari tua.






Doa Harian

Dengan nama ALLAH yg Pemurah dan Penyayang, segala puji bagi ALLAH Tuhan Seru Sekelian alam. Ya ALLAH, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya ALLAH, kami pohon kepadaMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama,dunia dan akhirat.
Ya ALLAH, baikanlah kesudahan kamipada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat.
Ya ALLAH, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan kami, kurniakankanlah kami kebajikan dunia dan akhirat seta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan ALLAH, limpahkanlah rahmat serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda