Sambungan,,,,,,
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang", jadikanlah coretan ini sebagai ingatan dan iktibar untukku, keluargaku dan anak2ku, insyaallah.
Sekali lagi kami bermusafir dari satu bandar Nabi yang di haramkan Dajjal memasukinya ke sebuah lagi tempat suci yang sama Mekah Al Mukarramah, selepas memasang niat Ihram Umrah di Miqat Bir Ali. Perjalanan yang cukup selesa walaupun memakan masa 5jam. Perjalanan di penuhi perasaan yg berdebar-debar sambil di tenangkan dengan kalimah zikir dan talbiah dikala sedar semasa menuju ke Mekah itu. Hujan rahmat mengeringi kami sehingga sampai di Mekah, namun kami bertawaf dengan khusyuknya sehingga aku pun tak sedar bilakah masanya hujan berhenti.
Kami sempat menghabiskan umrah wajib malam itu kecuali Aina dan Baby yang kurang sihat. Aiman kekadang masih lg perlu dipapah kerana baru sahaja di berikan kesihatan selepas 2 hari di Madinah terlantar sahaja di katil. Bersyukur kepada Allah atas kurniaan kesihatan yang baik sehingga dapat melakukan semua rukun pada malam itu juga.
Subhanallah, sungguh menakjubkan perasaan bila menjadi tetamuNya. Semuanya menjadi ringan. Mudah untuk bangun malam, mudah untuk berjemaah, mudah utk mengerjakan fardu, mudah untuk mengerjakan yg sunat, mudah untuk beriktikaf. Tiada langsung ingatan keduniaan. Betullah semua yang telah pernah menjadi tetamuNya akan rindu ke sana, bukannya rindu atas sebab lain akan tetapi rindu akan perasaan yang 'Mudah untuk Beribadat'. Setakat ingatanku, kami tidak pernah menghitung jumlah jam untuk tidur, tidak pernah mengeluh mengantuk, itulah yang di rindukan bekas2 tetamuNya. Ya Allah jadikan aku tetamu Mu lagi Ya Allah, dimusim Haji ini Ya Allah!
Hakikatnya, bukannya pahala 100,000 bersolat di Masjidil Haram, bukannya 1,000 kali pahala bersolat di Nabawi yang ku kejar untuk dicongak, dikira, dicampur, ditolak, dikali dan dibahagi dan dilangsaikan disitu. Itu adalah pahala ganjaran yang dijanjikan Allah. Aku mencari keredhaan Mu, aku mengharapkan penerimaan taubat ku dan bukan untuk membuat perhitungan dengan Mu, sesungguhnya Engkaulah yang maha mengetahui.
Aku bersyukur untuk menjadi tetamu Mu ya Allah sesungguhnya tak semua yang dapat memenuhi syarat istiqa'ah, Ya Allah ampunilah dosa kedua Ibubapaku Ya Allah.
Sebelum ke sana, kami pernah terserempak dengan blog 'Pengalaman Di Kota Mekah' ( http://manzlie-makkah.blospot.com ).Isteriku pernah menghantar email untuk bertemu dengan hamba allah ini, yang sanggup meluangan masa untuk berkongsi cerita, pengalaman tentang keadaan kota Mekah amnya dan Masjidil Haram khasnya dan suasana di sekitar Ka'abah kerana dia bekerja sebagai Executive Manager of Housekeeping di Safwah Orchid Hotel, betul betul di depan Masjidil Haram.
Memang kami berhajat, dan hajat kami dimakbulkan Allah, ketika bersarapan di D'Saji sudah jodoh kami bertegur dengan tuan punya blog tersebut walaupun tidak mengenali satu sama lain. Rezeki kami untuk dijemput Tuan Haji Manzlie untuk menatap Ka'abah dari tingkat 12, excutive suite yang beharga SR 7.5k/mlm di bulan Ramadhan, menjadi kenyataan. Pandangan dari suite ini seperti gambar2 di bawah. Walaupun hanya sekejap sahaja masa yang diluangkan, kami amat bersyukur kerana Allah itu Maha Kaya yang telah memakbulkan doa kami untuk melihat Ka'abah dari pandangan tersebut. Alhamdulillah,,,,
Seterusnya program Ziarah ke lokasi2 haji dianjurkan sahabat, Aizal dan Nizam dan Aiman dengan hanya menggunakan kereta sewa. antara lokasi adalah, Mina, Muzdalifah, Gua Hira', Jabal rahmah seperti gambar2 di bawah.

Kami bertawaf wida' selepas Zuhr 8 Apr, untuk meninggalkan Kota Mekah dan kembali ke Doha, Qatar.
Ya Allah! Ya Tuhanku! ampunilah dosa2 ku, Kedua ibubapa ku, ahli keluarga ku, guru-guruku, sahabat-sahabatku dan muslimin muslimat. Ya Allah! Kekalkanlah istiqomah Masjidil Haram di dalam diriku, kekalkan ibadah ku seperti beribadah di RumahMu semasa aku berjauhan, dengan Ka'abah Mu, hanya itulah kesan Umrah Ziarah yang ku pinta ya Allah, tiada lain melainkan pengampunan dari Mu, Ya Allah. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Tiada cara yang terbaik melainkan sunnahmu ya Rasulullah.
"Ya Tuhanku, ampunilah dosaku, berikanlah rahmat kepadaku, cukupkanlah aku, berikanlah petunjuk kepadaku, dan limpahkan rezeki kepadaku, berikanlah hidayah kepadaku, berikanlah aku kesihatan, maafkan aku”
No comments :
Post a Comment