Selamat Ulangtahun Isteriku...
31 Ogos 2009. Ntah kenapa semalam macam di rancang plak, begitu meriah, bagaikan hari raya di Rumah Sewa kita, di fikir dalam2, di cari2, apakah acara biasa..?, ntah macam ada peristiwa untuk diraikan..! Oowwhh...nasib baik tak terlepas dari kealpaan, rupa2nya, ulangtahun perkahwinanku bersama isteri no 1, no 2, no 3 dan no 4.
Huyyoooo..!! semua serentak ???! Ya lahh...! Yang inilah no1, Yang inilah no2, Yang inilah no3 dan Yang inilah no4. ...(Yang = singkatan SaYang ..)
Aku rasa hebat plak dapat mengingati Ulangtahun Perkahwinan kami sebelum ianya terlepas, kebiasaannya datang selepas perkataan 'MERDEKA' di laungkan di RTM1, tapi kali ini aku sempat mengingati dan melaungkan ungkapan ‘Happy Anniversary’ kepada Isteriku sebelum ‘Sambutan Merdeka’. Bukan kebiasaan untuk sambutan sebegini.....tapi apa salahnya ianya adalah untuk seseorang yang Tersayang
Tapi rasanya masih tak lengkap, sepatutnya dilaungkan ‘Selamat Ulangtahun Sayang, yang ke 12’ kuat2 semalam, tapi malulah. Huhhh...!! 12 tahun masih malu-malu lagi…???? Subhanallah, Maha Suci Allah,….bukannya malu tapi….segan...!, kan ke ke semalam ramai kekawan kita, ada sessi fotography, ala2 Pra Raya, so taknaklah kecoh.
Alhamdulillah, sempat bergambar dan diraikan secara sessi photography, sebagai kenangan kebahagian berkeluaraga bersama Sharifah Norjumiza Syed Agil, genap 12 tahun bersama. Bersama2 meraikan adalah Jariah kami, Putera Sulong Che Aiman Zafran, Puteri no1, Che Aina Husna adan Puteri Bongsu Che Aiza Hana. Syukur nikmat, 12 tahun di rahmati ALLAH, dan banyak lagi rintangan dugaan yang bakal di tempuhi. “Ya Allah, tunjukkan kepada ku jalan yang lurus, Jalan yang telah kau kurniakan nikmat pada mereka yang terdahulu.. Ya Allah, kepadamu sahaja ku bergantung harapan.. amin”
Catatan Kecil untuk isteri tercinta-Sharifah Norjumiza Syed Agil
Engkaulah punca KASIH,
KASIH cinta kepada suami, sebagai kekasih, ingin dibelai, ingin dimanjakan,
KASIH sayang kepada anak2, sebagai Ibu, menyaji kasih, menghidang sayang,
KASIH murni kepada ibubapa, sebagai anak, selalu merajuk, mahu di pujuk
KASIH mesra kepada rakan taulan sebagai sahabat, ingin berceloteh, ingin berseloka,
Sesekali, aku bangun dari tidur,
Ku tenungkan isteriku, Nampak jelas keletihannya,…FAHAMILAH, dia segalanya
Berilah kesempatan berehat barang sekejap…FAHAMILAH dia segalanya
Dengarlah leterennya,
Buka, tajamkan pendengaran,
amati suaranya
teliti dengan hati yang bersyukur,
ikutilah, belailah emosi janganlah di lintangi arus leteran itu…FAHAMILAH
Cubalah ungkapan ini jika terdesak " Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang sorry "
bisikkan " Darling.. I lupa lagi.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci
Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam tetapi... kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa. ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.
Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati seorang isteri.
Kebahagiaan tidaklah jauh, dia ada di hati kita yang di penuhi SYUKUR.
Alhamdulillah…..Aku bersyukur memiliki mu ‘ISTERIKU’. ‘
‘Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 12’
4 comments :
tahniah dan semoga kekal bahagia. tatkala ditengah kesenangan dan kebahagiaan ini didiklah isteri dan anak-anak dengan ilmu dunia dan akhirat dgn sempurna..supaya apabila Allah menurunkan dugaan serba sedikit ia tidak menjejaskan hubungan antara satu sama lain malah redha menghadapi dugaan bersama.
happy anniversary my dear friend..
Terima Kasih.
br baca hari ni.. tetiba touched... padahal dapat kat kak ija.. hahahaha... congrats sbb boleh open... susah cari laki melayu rock kapak gini... beruntung kak ija.. hehe
Zal,
Hu hu hu...dah lama berjanggut dah log nih...baru baca..hu hu hu tak pelah. Blog nih macam diary hiduplah juga....satu masa nanti boleh cetak buat buku dan mesti sengih sorang2 dan sayu sorang2 bila tua baca balik, itulah tujuannya....malu-malu tp ikhlas.
Post a Comment