Banyak yang berlaku in between the post. Bukannya tak nak update tapi agak kesibukan bercampur serba salah. Tapi takpelah, demi untuk ingatan dan pengajaran di masa depan.
Aku percaya perbuatan baik di balas baik walaupun bukannya di dunia tapi di alam yang kekal, Kalau bukan dari makhluk yg sama tapi definitely dati Allah yang Maha Penyayang dan maha pengasih terhadap hambanya.
Masalah maid memang selalu kedengaran rintihan dan aduan dari org ramai bahkan kawan2 terdekat. Layanan masing2 pun berbeza. Ada yang melayan seperti hamba kerana mmg mereka ini sebegitu mahunya. Ada yg layan macam keluarga, kerana ketidaksampaian hati untuk mempelakukan sebagai hamba. Pada tanggapanku, mereka haruslah dilayan seperti keluarga tetapi dengan batasan tertentu. Kita berkongsi segalanya dengan mereka-mengikut adap2 pekerja dan majikan tapi mereka ini macam diberikan pass "ALL ACCESS", malah untuk tugas menyediakan makanan pun kalau tak 100%, adalah dalam 30% or 40% akan di uruskan oleh mereka. Kalau layanan tidak bagus maka apakah yang kita makan itu adalah terpelihara isi kandungannya.
Maka, perlayanan terhadap mereka harus di titikberatkan dari segala segi. Namun, betullah kata org, bukan aku yang kata tapi org yg kata, mereka tidak seharusnya diberi muka/peluang nanti di pijak2nya kita. Tidak secara terangan tapi halusan.
Ianya menimpa keluarga ku di Doha. Aku mengambil maid dari Malaysia, tidak melalui agent sebab aku tidak mahu terlibat dengan kumpulan yang menggunakan agency maid ini untuk memeras wang majikan. So aku mengambil sesorang yang tidak mempunyai apa2 dokumen supaya senang kita melaporkan segala salahlaku kepada imigresen bila ada sesuatu yg tak kena. Setelah hampir 3 bulan berpelakuan baik (tanggapan aje), maka kami memulakan process untuk mendapatkan dokumen yang sah dan berjaya. Seterusbnya membawa ke Doha untuk bersama2 mencari rezeki di Tanah Qatar. Hampir 2 tahun bekerja dengan kami yang menganggap dia sebagai keluarga, tertangkap mencuri. Amran di berikan secara baik supaya tidak menjatuhkan airmuka kerana kita sama2 manusia, malahan sesama muslim. Kami masih menaruh harapan agar dia berubah. Manusia ni kekadang disebabkan desperate maka tidak waras jadinya, itulah anggapan. Akan tetapi berlaku beberapa perkara yang lebih teruk dari mencuri harta majikan, mulut adalah senjata yang paling tajam.
Isteri terus berdetik untuk terus menghantar pulang tanpa soal selidik untuk untuk kalikedua. Process penghantaran adalah amat mudah dengan izin. Terus menghantar pulang dalam 3 hari kerana tidak tidak mempunyai tiket ke Indonesia. Urusan Visa cancellation serta mesta di buat.
Ini adalah synopsis sahaja dan tidak mengambarkan the whole story. To much to tell and even to write.
Anyway itulah dugaan kehidupan, namun ia tidak mencacatkan prinsip 'Berbuat Baiklah Kepada Insan Lain' Insyaallah balasan menyusul. Rungutan dan keluhan bukanlah kekesalan tetapi luahan perasaan. Kekadang kehidupan perlu ketelusan, keikhlasan dan tidak perlu selindung2 kecuali bila perlu. Kematangan fikiran perlu untuk menimbang segala perlakuan.
Lastly, untuk sesiapa berminat, kami ada kekosongan untuk jawatan 'Khadamah'.
1 comment :
berapa rupiah gajinya pak?saya bisa ke sana....
Post a Comment