Monday, August 31, 2009

Selamat Hari Merdeka Vs Ulang Tahun Perkahwinan...



Selamat Ulangtahun Isteriku...

31 Ogos 2009. Ntah kenapa semalam macam di rancang plak, begitu meriah, bagaikan hari raya di Rumah Sewa kita, di fikir dalam2, di cari2, apakah acara biasa..?, ntah macam ada peristiwa untuk diraikan..! Oowwhh...nasib baik tak terlepas dari kealpaan, rupa2nya, ulangtahun perkahwinanku bersama isteri no 1, no 2, no 3 dan no 4.

Huyyoooo..!! semua serentak ???! Ya lahh...! Yang inilah no1, Yang inilah no2, Yang inilah no3 dan Yang inilah no4. ...(Yang = singkatan SaYang ..)

Aku rasa hebat plak dapat mengingati Ulangtahun Perkahwinan kami sebelum ianya terlepas, kebiasaannya datang selepas perkataan 'MERDEKA' di laungkan di RTM1, tapi kali ini aku sempat mengingati dan melaungkan ungkapan ‘Happy Anniversary’ kepada Isteriku sebelum ‘Sambutan Merdeka’. Bukan kebiasaan untuk sambutan sebegini.....tapi apa salahnya ianya adalah untuk seseorang yang Tersayang

Tapi rasanya masih tak lengkap, sepatutnya dilaungkan ‘Selamat Ulangtahun Sayang, yang ke 12’ kuat2 semalam, tapi malulah. Huhhh...!! 12 tahun masih malu-malu lagi…???? Subhanallah, Maha Suci Allah,….bukannya malu tapi….segan...!, kan ke ke semalam ramai kekawan kita, ada sessi fotography, ala2 Pra Raya, so taknaklah kecoh.






Alhamdulillah, sempat bergambar dan diraikan secara sessi photography, sebagai kenangan kebahagian berkeluaraga bersama Sharifah Norjumiza Syed Agil, genap 12 tahun bersama. Bersama2 meraikan adalah Jariah kami, Putera Sulong Che Aiman Zafran, Puteri no1, Che Aina Husna adan Puteri Bongsu Che Aiza Hana. Syukur nikmat, 12 tahun di rahmati ALLAH, dan banyak lagi rintangan dugaan yang bakal di tempuhi. “Ya Allah, tunjukkan kepada ku jalan yang lurus, Jalan yang telah kau kurniakan nikmat pada mereka yang terdahulu.. Ya Allah, kepadamu sahaja ku bergantung harapan.. amin”





Catatan Kecil untuk isteri tercinta-Sharifah Norjumiza Syed Agil

Engkaulah punca KASIH,
KASIH cinta kepada suami, sebagai kekasih, ingin dibelai, ingin dimanjakan,
KASIH sayang kepada anak2, sebagai Ibu, menyaji kasih, menghidang sayang,
KASIH murni kepada ibubapa, sebagai anak, selalu merajuk, mahu di pujuk
KASIH mesra kepada rakan taulan sebagai sahabat, ingin berceloteh, ingin berseloka,

Sesekali, aku bangun dari tidur,
Ku tenungkan isteriku, Nampak jelas keletihannya,…FAHAMILAH, dia segalanya
Berilah kesempatan berehat barang sekejap…FAHAMILAH dia segalanya

Dengarlah leterennya,
Buka, tajamkan pendengaran,
amati suaranya
teliti dengan hati yang bersyukur,
ikutilah, belailah emosi janganlah di lintangi arus leteran itu…FAHAMILAH

Cubalah ungkapan ini jika terdesak " Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang sorry "
bisikkan " Darling.. I lupa lagi.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci

Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam tetapi... kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa. ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati seorang isteri.
Kebahagiaan tidaklah jauh, dia ada di hati kita yang di penuhi SYUKUR.

Alhamdulillah…..Aku bersyukur memiliki mu ‘ISTERIKU’. ‘

‘Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 12’



Wednesday, August 26, 2009

Selamat Hari Lahir Anak-Anakku....!

Selamat Hari Lahir Che Aina Husna yg ke 10, 25 Aug 2009 dan Che Aiman Zafran yg ke 11, 26 Aug 2009.

Kamu adalah mutiara, kamu adalah permata dan sesungguhnya kamu adalah amanah Allah ke atasku, dan aku adalah Pemimpin kamu.

Sabda Rasulullah s.a.w "Setiap kamu adalah pemimpin. Dan setiap pemimpin bertangung jawab tentang kepimpinannya. Imam itu pemimpin, bertangungjawab tentang kepimpinannya. Laki-laki itu pemimpin dalam keluarganya, bertanggung jawab tentang kepimpinannya. Wanita itu pemimpin dalam rumah tangganya, dan bertanggung jawab tentang kepimpinannya. Khadam itu pemimpin bagi harta majikannya, bertanggung jawab tentang kepimpinannya." (Bukhari dan Muslim)

Kamu adalah pelaburanku yg paling beharga sepertimana Sabda Rasulullah s.a.w "Apabila matinya seseorang, semua amalannya terhenti kecuali tiga(3) perkara : Sadaqah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak soleh yang mendoakannya." (Muslim).

Aku amat beruntung mempunyai kamu sepanjang hayatku, dunia akhirat.


Dengarlah nasihat pemimpinmu ini sebagai hadiah di hari lahir kamu :

Aku memarahi, aku menghalang sesuatu yg kamu sukai, ADA SEBABNYA.
Aku menidakkan sesuatu yang kamu sukai, ADA SEBABNYA.
Aku tidak menghalang ke atas sesuatu yg kamu sukai, MESTI ADA HADNYA.

Aku sentiasa di sini,
untuk mendampingi kamu,
untuk menyayangi kamu,
menghormati kamu,
menghargai kamu,
mementingkan kamu

'Selamat hari Lahir Puteraku dan Puteriku' - sekalung tahniah dari Ayahanda dan Bonda Kamu.





Monday, August 10, 2009

ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ

Sebagai kenangan di hari kelak.
August, 4 2009. Isteri menerima panggilan dari seorang teman untuk menyampaikan satu berita yang sudah pasti (tidak awal, akhir) tentang kematian. Seorang teman atau boleh dikatakan abang juga di Doha, Qatar. Baru hendak mengenali keluarga beliau sebulan 2 kebelakangan ini secara dekat, malah kalau diingatkan kembali sudah berkenalan pada awal tahun penghijrahan ke Qatar, 2007, pertemuan pertama di Al Jarir Book Store secara kebetulan. Amat mengingati nama Mohamd Mat Dahan, kerana namanya agak menarik sedikit. Itu adalah ingatan di pihak diriku, tidak pula tahu bagaimana pula di sebelah sahabat ini.
Persahabatan antara keluarga bertambah akrab mungkin disebabkan sifat-sifat peramahnya, minatnya, hobi dan sebagainya.
Tidak perlulah penceritaan selanjutnya. Semoga pertalian dengan yang masih hidup masih berkekalan.

Antara kehendak tuhan agar hambaNYA memperingati Kematian adalah dengan kematian hambaNYA.

Aku doakan Sahabat/Teman/Abang Mohamad Mat Dahan di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Insyaallah.

Marhaba to Bowling Addict

Sejarah telah tercipta dengan kelahiran ‘http://kuantanbowler.blogspot.com/’ atas tajuk ‘Bowling Addict’. Dari tak suka bermain bowling akhirnya akur dan telah menjadi Penagih Boling (Bowling Addict). Dari tidak suka menulis di mana2 blog kepada tercetusnya ‘Bowling Addict’ - link di atas. Rasanya sekarang sudah tidak angkuh lagi. Rasa tercabar pulak bila di footnote tertulis ‘P/S: Lan: train betul-betul. There will be a rematch once you come back... or do I need to go to Qatar?’. Berdebar juga di dalam hati. Dahlah Qatar tahun nih macam kurang sikit sessi tournament, a few achievements setakat menang retail je tak kira ok. Tambahan pada commentnya pula tercatit ‘Lan & Ija, Thanks for dropping by. InsyaAllah, if permitted, we shall be there. Thinking of taking the kids along. Have been saving money for it.’. Alamak, bukan berdebar lagi, ni dah menggeletar. Macamana ni..?, nampak gayanya nak kena start thinking of the ‘mental’ coaching. Kalau setakat bowl saja dah kira ok tapi kena training on psychological part.

Ok tak pa, tak pa, tambah sessi training 2 more sessions seminggu bagi ada confident sikit.

Anyway Mabrook to the birth of ‘BOWLING ADDICT’.

Selamat Hari Lahir IsteriKu !

Selamat Hari Lahir Isteriku.. Yang ke 36. Engkaulah Isteri, engkaulah Secretaryku, engkaulah PA, engkaulah Chef dan banyak lagi. Betullah Isteri adalah Anugerah. Jadilah hari lahir ini sebagai hari peringatan bahawa masa tidak menunggu kita. Walau bagaimana pun kehidupan harus diteruskan.
Selamat Hari Lahir, semoga panjang Umur dan Murah Rezeki dan semoga Kehidupan ini diLimpahi Rahmat olehNYA. Hanya doa ku iringi sebagai hadiah di hari ulangtahun kelahiranmu.

Doa Harian

Dengan nama ALLAH yg Pemurah dan Penyayang, segala puji bagi ALLAH Tuhan Seru Sekelian alam. Ya ALLAH, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya ALLAH, kami pohon kepadaMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama,dunia dan akhirat.
Ya ALLAH, baikanlah kesudahan kamipada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat.
Ya ALLAH, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan kami, kurniakankanlah kami kebajikan dunia dan akhirat seta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan ALLAH, limpahkanlah rahmat serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda